Wednesday 14 November 2012

PD :)

assalamualaikum .
apa kabar ? 
ni hao ma ?
may allah bless you all :)

OKEH . .
horray .kita orang ada familyday . . .
aku rasa bukan familyday sangat pong .sesi taaruf pon bole panggil jugak .mana taknya .ak tak kenal pong lagi senior AP = =" .SETAKAT dua tiga org tu ada laaa .
huuu ,sape suh ponteng sangat segala program AP sblom ni .

pagi AHAD 11/11/2012
kami dengan penuh semangat waja dan juangnya .pack la segala barang yang nak dibawa .
haha .gaya macam nak g semingu je .ngehh .
punya la bahagia dok tunggu bas usim mai kutip kitaorg kat bus stop KK1 .
pakcik tu pi mana hentah .
jawabnya .pagi tu buat la tayangan muka budak physic kat situ .
lepasssss berapa jam hentah

sampai la BAS USIMM TERCENTA .
cepat-cepat la naik .
sebab nak tidoo .ngantok kot tunggu bas .

disebabkan PD tu tak jauh pon dari usim
aku bukak je mata lepas tu .dah nampak pong pantai .
INDAHNYA .
*kalu la usim tepi pantaiii
hihi
itu namanya tido sepanjang jalannnnn .

lepas  letak barang .kita org terus duduk dlm group .
dia mix all 1st year- 4th year student .
memang sesi suai kenal la kannn .
 okay!!!
kenkawang ready tok jadi HITAM semuaaa
sbb semua game kat tepi pantai .sobs :( .

tapi yang happy gilanya .group ak sekali ngn ily DAN teq :)
group kami .abangblack.ali.kakayu.kakzira.kakzati.kakzati.zahidah 
tu jee la seingat ak 
lepas maen sgala game yang kenkadang ak rasa hentah hape2 tu .
penat dan peluh dah menguasai diri .huuu .
but i'm really enjoy it .
bajet la group kami nak menang 
tengok2 takde hadiah special pong .huuuuu

after solat zohor dan makan .
kami maen game belon
okay .malas nak cerita part ni
bai .

kita teruskan part banana boat .
yang ni paling besttt .yeahaaaa .
akibat dihasut oleh teq and ily .ak pon terjoin la skali naikk 
nasib baik tak LEMAS ,
seluar kembang dari jacket .hasilnya kaki diatas .kepala dibawah
best sangat minum air laut time tu
thanks ily ngn amal tolong tarik aku naik
lepas tu sesi mandi-manda bergolek dalam air .
tapi sampai hari ni ak still tak puas ati .asal mahal gila bayar nk guna toilet

lepas makan2 and solat magrib  .
bestnya .hari tu smua solat kat tepi pantai
BERJEMAAH

sesi bagi hadiah and tazkirah
ABANG UBAI TERBAIK LA
mmg patut tegur pon curtain part dalam program hari tu
ikhtilat tak jaga sangat .
bukan nak JUMUD 
tapi syariat kan ada .
tak perlu la buat game yang pelik sangat .
hmmmm

BTW ,program ni best .walupon baru 1st time buat .
next year buat lagi yaaa

HENDAKLAH KAMU MENGASIHI SAUDARA MU
SEPERTI KAMU MENGASIHI DIRI SENDIRI :)

*gambartakde .semua kat ipad ily .
mintak ngn dia .

assalamualaikum .

Thursday 1 November 2012

HEBAT :)

assalamualaikum .
apa khabar IMAN .apa Khabar HATI
:)

Hari ni KIta bERcerita pasal UJIAN lahhh

sape yang allah bagi ujian tu sebenarnya HEBAT :) sangat .
kerana allah tahu dia MAMPU .
dan bukti ALLAH take care kat kita .
sbb apa ?
allah nak bagi pahala dan nak decreasekan kita punya DOSA

AKU sendiri pun pernah rasa "yaALLAH kenapalah KAU bagi UJIAN seberat ini kepada ku"
-rumah kami pernah terbakar time aku Form 3 .
-time aku habis SPM .sehari lpas DAPAT result .satu mutiara dah tiang terbesar dalam keluarga kami
diambil kembali oleh ALLAH.

*Selepas dari itu baru lah aku SEDAR .
Sesungguhnya semua apa yang kita ada kat DUNIA ni pinjaman je
bila-bila MASA je DIA boleh ambil balik .

time AYAH dijemput ilahi .
mmg aku asalnya pon tak boleh terima hakikat
depan mata aku sendiri .
menangislah 7 hari 7 malam pon
ketetapan ALLAH kita tak boleh ubah .

lepas tu
aku cuba mencari mutiara HIKMAH
yang ALLAH nak bagi sebenarnya kepada kami sekeluarga .
rupanya-rupanya
HIKMAHnya sangat BESAR .

....................................................................................
*biarlah rahsia ni dalam hati kami je.

JADI KAWAN.
kalu korang kena apa2 ke .
rasa ALLAH tak adil ke .
 sematlah dalam hati .
bahawasnya ALLAH lebiih tau dari kita .
kalu kita rasa problem  tu besar gilaaa
tapi kita ada ALLAH yang lebih BESAR
ALLAHHUAKBAR!

ALLAH bagi sesuatu tu sebab kita mampu nak face benda tu:

allah said in SURAH AL-baqarah
verse286
''Allah does not charge a soul except {with that within) its capacity....




dan ingatlah kalu kita di timpa UJIAN tu
allah nak suh kita jadi MAKIN HEBAT.
:)

HEBAT
(TAKWA+IMAN)









Tuesday 28 August 2012

1st wedding :)

25 OGOS 2012
selamat pengantin baruuuuuuu
alhamdulillah
my roommate time f2 & f4 dah selamat bernikah
fuh .macam tak percaya ,pergi wedding kawan sendiri .
they from same batch .2nd batch rasmi dulu
kesian 1st batch kena potong turn degan adik .
tabik la dkat bride tu kak aisyah & munawwir :)
kawen awal .mmg matang habislah .baru 20 kot
dua2 doc to be . .student azhar

kami doakan you all bahagia hingga ke syurga lah .ameen .
cepat2 la timang anak .hehe
seriously nampak sweet sesangat pasangan tu .ya la .pengantin baru kang .
saya + kak put +luqman dan pasangan

huhu .mmg ramai la geng mts pergi masa majlis ni ,
semua pakat buat konvoi .saya yg baru samapai malaysia semalam pong
sanggup turun .thanks kak put sbb bagi tumpang kereta ,tak larat lagi nk drive jauh2 :)

MOGA BAHAGIA SELALU :)
sape la pulak lepas ni .
nampak gayanya ,budak oversea semua awal2 ni ,
hehe
Asslamualaikum

Wednesday 25 July 2012

Remaja-Remaja kecil itu menari-nari dimataku


Sejujurnya  zaman itu sangat indah..
Keadaannya, manusianya, dan segala apa ttgnya..

Kala hening sebelum subuh menjelma, para remaja2 kecil itu membuka mata.
Gegas berlumba membersih, menyuci dan menghias diri.
Meski air tidak pernah bertoleransi membukti kehebatan sejuknya.
Mereka tetap setia menempuh memaksa diri.
Ya, kekadang sesekali terlepas aturan, mrk terus diulit mimpi.
Maka, kebiasaannya 'hadiah' yg 'indah' bakal diterima di kaki.
Ya, memang ia menyakitkan buat mereka. Benci.
Namun, ia sebenarnya mengajar, lantas mnjadi pembentuk diri.
Tarbiyyah ILAHI.

Usai berjemaah subuhnya, maka ma'thurat diratib, surah pilihan di bibir titip.
Meski terkadang ianya cukup 'membosankan' saat itu.
Maka tertunduklah kebanyakannya walau tanpa 'irama merdu' bersama.
Ya, sudah tentu sesekali 'kebosanan' menjelma.
Namun, sudah tentu ia bukan suatu yg tiada tujuan. Ia sgt berharga.

Doa selesai diaminkan, berlarian pulang ke tempat penginapan.
Ada yg terus beratur memburu makanan, ada yg terus mencapai pakaian.
Dan sudah tentu ada juga yg memilih utk kembali berdengkuran.
Semua biasa dilakukan. Pilihan.

Mendekati saat loceng bakal berlagu.
Berkemundanglah seruan2 meminta kawasan tertentu dikosongkan.
Berpakaian Jubah, berkopiah bg ikhwahnya.
Berpakaian Jubah, bertudung labuh bg akhwatnya.
Indah.
Beraturan di sisi kelas, bertadah tangan doa pembuka hari diaminkan.
Sesekali kuku diperiksa, kekemasan diri dilihat jaga.
Kandas? Ya, sudah tentu ada.

Bermulalah kelas yg paling berharga.
Ayat-ayat CINTA itu semua dituturkan.
Duduk, berjalan, menulis, terhangguk, terlentok.
Semuanya wujud. Remaja-remaja itu terkumat kamit.
Mata mereka terpejam celik.
Lantas kalimah-kalimah suci itu dibaca tutur di hdpn para asatizah yg mulia.
Terkadang, ada yg kembali ke tempat asal tanpa misi berjaya.
Berputus asa? Tidak sama sekali. Kerna ia tuntutan buat mereka.

Tamat.
Kelas pelajaranpun bertukar rupa.
Mentelaah ilmu2 dunia mahupun agama. Segalanya mngikut aturan etikanya.
Bersungguh pendidik-pendidik itu menyampai mutiara.
Meski tidak kurang ramai juga yg? ' Syahid' istilahnya..
Usai sebelum zohor berkumandang memanggil.
Madah paling mulia itu kembali lg.

Zohornya berjemaah, sesekali wujud tazkirah.
Kelas disambung bbrp ketika, lantas 'bunyi' kesukaanpun bergema.
Ada yg tilam dan katil dlm bayangan.
Ada yg makanan menjadi pilihan.
Ada juga yg terus menukar pakaian dan kembali ke medan pelajaran.
Menunggu laungan asar, kesemua remaja2 itu 'dipaksa menetap' di luar penginapan.
Pelbagai perasaan.

Usai salam asar dituturkan imam, ma'thurat muncul mngambil giliran.
Membacanya menjadi syarat wajib utk dilepaskan.
Kemudian, waktu plg mereka idamkan menjelma.
Maka kebanyakan seluruhnya ber'pesta', bersuka ria.
Menunai hak fizikal dan mental bersama-sama. Gembira.
Maghrib? Sudah tentu sbelum ia tiba, maka semuanya perlu bersedia.
Namun, sudah tentu terkadang, atau terbiasanya masa terlepas dari mata.
Maka, 'bahana' sesekali diterima mrk.

Maghrib berurutan saff, bersurah Al-Dukhan.
Lantas kelas paling mulia itu  menjelma kembali.
Berbual bola, berbual cerita, berbual senda, ya, semuanya ada.
Hingga Kalimah 10 kelihatan pada muka jam.
Usai, saff isya'pun segera wujud.

Yang perutnya berbunyian, maka pilihannya dewan makan.
Yang matanya kemerahan, maka pilihannya bantal dan tilam idaman.
Yang 'burung hantunya' terus bersama2 menikmati malam, di tangga2,
di beranda2, mahupun di mana2 sahaja yg selesa.
Malam meneruskan perjalanan.
Tatkala semua sudah 'kematian'.
Berakhirlah sebuah hari dalam kehidupan remaja-remaja kecil itu.

Dan keesokannya, seperti biasa..
Hari baru yg indah melambai dan menyambut peluk mereka,
PARA REMAJA-REMAJA kecil yg sgt istimewa..

Apa khabarkah remaja-remaja kecil itu ya sekarang...

Di mana shj mereka berada, semoga TUHAN menjaga, memelihara mereka.
Kerna mereka bukan insan biasa.

MEREKA SANGAT ISTIMEWA!

Di mana bumi dipijak di situ AGAMA dijulang.
Di mana bumi dipijak di situ AL-QURAN gemilang.
Di mana bumi dipijak moga di situ 'REMAJA-REMAJA' itu berjuang..

QURAN itu KALAM TUHAN, mereka pula PEMELIHARA QURAN ~

credit to akhi Hamdi