Wednesday 25 July 2012

Remaja-Remaja kecil itu menari-nari dimataku


Sejujurnya  zaman itu sangat indah..
Keadaannya, manusianya, dan segala apa ttgnya..

Kala hening sebelum subuh menjelma, para remaja2 kecil itu membuka mata.
Gegas berlumba membersih, menyuci dan menghias diri.
Meski air tidak pernah bertoleransi membukti kehebatan sejuknya.
Mereka tetap setia menempuh memaksa diri.
Ya, kekadang sesekali terlepas aturan, mrk terus diulit mimpi.
Maka, kebiasaannya 'hadiah' yg 'indah' bakal diterima di kaki.
Ya, memang ia menyakitkan buat mereka. Benci.
Namun, ia sebenarnya mengajar, lantas mnjadi pembentuk diri.
Tarbiyyah ILAHI.

Usai berjemaah subuhnya, maka ma'thurat diratib, surah pilihan di bibir titip.
Meski terkadang ianya cukup 'membosankan' saat itu.
Maka tertunduklah kebanyakannya walau tanpa 'irama merdu' bersama.
Ya, sudah tentu sesekali 'kebosanan' menjelma.
Namun, sudah tentu ia bukan suatu yg tiada tujuan. Ia sgt berharga.

Doa selesai diaminkan, berlarian pulang ke tempat penginapan.
Ada yg terus beratur memburu makanan, ada yg terus mencapai pakaian.
Dan sudah tentu ada juga yg memilih utk kembali berdengkuran.
Semua biasa dilakukan. Pilihan.

Mendekati saat loceng bakal berlagu.
Berkemundanglah seruan2 meminta kawasan tertentu dikosongkan.
Berpakaian Jubah, berkopiah bg ikhwahnya.
Berpakaian Jubah, bertudung labuh bg akhwatnya.
Indah.
Beraturan di sisi kelas, bertadah tangan doa pembuka hari diaminkan.
Sesekali kuku diperiksa, kekemasan diri dilihat jaga.
Kandas? Ya, sudah tentu ada.

Bermulalah kelas yg paling berharga.
Ayat-ayat CINTA itu semua dituturkan.
Duduk, berjalan, menulis, terhangguk, terlentok.
Semuanya wujud. Remaja-remaja itu terkumat kamit.
Mata mereka terpejam celik.
Lantas kalimah-kalimah suci itu dibaca tutur di hdpn para asatizah yg mulia.
Terkadang, ada yg kembali ke tempat asal tanpa misi berjaya.
Berputus asa? Tidak sama sekali. Kerna ia tuntutan buat mereka.

Tamat.
Kelas pelajaranpun bertukar rupa.
Mentelaah ilmu2 dunia mahupun agama. Segalanya mngikut aturan etikanya.
Bersungguh pendidik-pendidik itu menyampai mutiara.
Meski tidak kurang ramai juga yg? ' Syahid' istilahnya..
Usai sebelum zohor berkumandang memanggil.
Madah paling mulia itu kembali lg.

Zohornya berjemaah, sesekali wujud tazkirah.
Kelas disambung bbrp ketika, lantas 'bunyi' kesukaanpun bergema.
Ada yg tilam dan katil dlm bayangan.
Ada yg makanan menjadi pilihan.
Ada juga yg terus menukar pakaian dan kembali ke medan pelajaran.
Menunggu laungan asar, kesemua remaja2 itu 'dipaksa menetap' di luar penginapan.
Pelbagai perasaan.

Usai salam asar dituturkan imam, ma'thurat muncul mngambil giliran.
Membacanya menjadi syarat wajib utk dilepaskan.
Kemudian, waktu plg mereka idamkan menjelma.
Maka kebanyakan seluruhnya ber'pesta', bersuka ria.
Menunai hak fizikal dan mental bersama-sama. Gembira.
Maghrib? Sudah tentu sbelum ia tiba, maka semuanya perlu bersedia.
Namun, sudah tentu terkadang, atau terbiasanya masa terlepas dari mata.
Maka, 'bahana' sesekali diterima mrk.

Maghrib berurutan saff, bersurah Al-Dukhan.
Lantas kelas paling mulia itu  menjelma kembali.
Berbual bola, berbual cerita, berbual senda, ya, semuanya ada.
Hingga Kalimah 10 kelihatan pada muka jam.
Usai, saff isya'pun segera wujud.

Yang perutnya berbunyian, maka pilihannya dewan makan.
Yang matanya kemerahan, maka pilihannya bantal dan tilam idaman.
Yang 'burung hantunya' terus bersama2 menikmati malam, di tangga2,
di beranda2, mahupun di mana2 sahaja yg selesa.
Malam meneruskan perjalanan.
Tatkala semua sudah 'kematian'.
Berakhirlah sebuah hari dalam kehidupan remaja-remaja kecil itu.

Dan keesokannya, seperti biasa..
Hari baru yg indah melambai dan menyambut peluk mereka,
PARA REMAJA-REMAJA kecil yg sgt istimewa..

Apa khabarkah remaja-remaja kecil itu ya sekarang...

Di mana shj mereka berada, semoga TUHAN menjaga, memelihara mereka.
Kerna mereka bukan insan biasa.

MEREKA SANGAT ISTIMEWA!

Di mana bumi dipijak di situ AGAMA dijulang.
Di mana bumi dipijak di situ AL-QURAN gemilang.
Di mana bumi dipijak moga di situ 'REMAJA-REMAJA' itu berjuang..

QURAN itu KALAM TUHAN, mereka pula PEMELIHARA QURAN ~

credit to akhi Hamdi

2 comments:

  1. andai aku tahu betapa indahnya tarbiyyah tika itu,pasti aku ingin menceduk mutiara ilmu sepuasnya.sungguh aku rindu biah itu...T.T

    ReplyDelete
    Replies
    1. kita tidak menghargai apa yang dihadapan .dan sesal apabila ianya hilang dari pandangan .tarbiah itu indah .syukran mas sudi jadi sahabat ku

      Delete