kadang-kadang ku terlupa
siapa diriku
kadang-kadang ku terlupa
asal-usulku
kadang-kadang ku terlupa
tujuanku
dan kadang-kadang ku terlupa
pada "DIA" yang SATU
aku terlalu leka dengan dunia . sirna dengan keindahan dunia .buta untuk melihat sang pencipta .
aku telalu mudah tersungkur dan sukar untuk bangun kembali .hanyut alpa dibawa arus.lemas dalam nafas sendiri .dan dada mula sesak ditujah ribut dosa . aku harus kembali .kembali kepadanya. . .
kembali kepada cahaya .yang insyaallah dapat membawaku ke syurga abadi .aku dambakan rahmatnya kerana pahala ku terlalu kontang nak dibandingkan dosa yang segunung lautan .
aku harap .mata ini .hati ini dan jiwa ini tak tertipu lagi .
aku akan kembali .kembali kepada realiti .
memandang kepada akhirat yang pasti .
dan kematian yg tak bisa kita palingi . .
kerana kita hanyalah HAMBANYA .
Firman ALLAH:
aku ciptakan jin dan manusia ini melainkan untuk beribadat kepadaku