Thursday 31 January 2013

setiap hari adalah indah :)

Assalamualaikum .
moga berada dalam rahmat iman dan islam selalu :)
apakabar cuti semua oh?
mesti semua dok turun naik penimbang .
lpas tu buat muka terkejut tahap tak ingat .
ya lah .operasi ternak lemak lah time cuti nihh .hehehehe

okay .insyaallah this post nak share pasal surah-surah amalan .
atas request cik izzati .moh la kita kongsi ilmu eh . .
Aku bukannya terer sangt pon .yang aku tau je lah .

okay .lets go . .

1.surah al-Waqiah .
 -time skolah dulu start  amal baca surah ni .sbb ustzh cakap dgn baca surah ni .insyaallah pintu rezeki terbuka luas untuk kita dgn izin allah .semua kan dok pasang impian tinggi melangit nk dpat 4 rata every sem .jom lah amal surah ni .moga murah rezeki kita semua .dan mmg ada hadis nabi pon cakap pasal kelebihan surah ni .

Sabda Rasullullah:
                        Man qara’a suratal-Waqi’ati lam yaftaqir abada.
“Sesiapa (membiasakan) membaca surah Al-Waqiah, maka ia tidak akan kefakiran selamanya.”


2.surah al-kahfi .
  -surah kahfi ni biasanyalah dibaca time mlm jumaat .sambil dok layan drama hantu kt tv yang berlambak time mlm jumaat tu .boleh la usha2 sikit baca surah ni .klu tak sempat baca mlm tu .siangnya pon bole .yang penting hari JUMAAT lah .dan memang banyak kelebihan klu uolls baca surah ni .insyaallah terjaga sepanjang minggu sampai lah jumaat yang akan datang pulak .

Daripada Umar berkata: Nabi SAW telah bersabda : "Sesiapa yg membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka bersinarlah cahaya daripada bawah kakinya hingga ke langit. Utknya cahaya dihari kiamat dan diampunkannya antara dua Jumaat."
                                                           [ Hadis Riwayat Ibnu Katsir]


3.surah al-Mulk
 -surah ni pulak biasanya budak hostel mmg tau lah .kena baca before tdo .klu tak nahas la kena tibai dgn ketua dorm .tapi .klu just baca tanpaa tau sebab kan takde makna lah kan .okay surah al-mulk ni .besar sangat fadhilatnya .di mana sesapa yg membacanya pada setiap malam insyaallah selamat dari seksaan azab kubur .dan rasulullah sendiri mengamalkannya setiap hari sebelum baginda tidur .


An-Nasa’i juga meriwayatkan dari Ibnu Mas’ud bahawa Rasullullah s.a.w. bersabda:“Sesiapa yang membaca Surah Al Mulk setiap malam maka Allah mencegahnya daripada azab kubur.”


thats all la kot .sebenarnya mmg banyak lagi surah2 lain yg biasa org amalkan baca setiap hari .
tapi klu setiap hari kita just dok baca surah ni je .kesian surah2 lain yg kat dalam Quran tu .dibapak tirikan kot .nanti boleh la target mcm satu sem tu nak khatam sekali ke .boleh la divide brp page sehari perlu baca klu nk khatam dlm satu sem .

surah2 diatas ni .klu tak sempat nak baca .sumbat je earphone kat telinga .pasang la Quran .sekurangnya dapat jugak kita pahala dengar .sbb surah yg paling mencabar nak baca tu al-mulk lah .mana taknya .aku rasa budak2 zaman sekarang banyak yg spesis terbongkang dpan laptop tiap2 mlm .opss *aku pon sama

moga kita istiqomah dalam segala amal ibadat .
selamat beramal :)
::rasulullah bersabda sampaikan lah dari ku walau sepotong ayat::

*segala salah silap sebarang hadis or ape2 pon dalam post ni .
 mohon teguran dari yang lebih arif :)







2 comments:

  1. peh peh peh ustazah dijot. ma kasih buk sudi kongsi ilmu =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. gedik la pulak mg .hahaha .ya la ustazah mudzy

      Delete